ZAUYAH BINTI AZMAN POLITEKNIK NILAI
Projek ini memperkenalkan MEDIAHUB, sebuah sistem maklumat bersepadu berasaskan laman web yang dibangunkan khusus bagi mempertingkatkan pengurusan pinjaman peralatan multimedia di bawah Pusat Instruksional dan Pembelajaran Digital (PIPD), Politeknik Nilai. MEDIAHUB dibangunkan untuk menggantikan kaedah manual berasaskan borang fizikal yang sering menimbulkan kelewatan, kekeliruan prosedur dan risiko kehilangan data. Sistem ini berasaskan platform digital yang menekankan kelestarian, kerteraturan proses dan kecekapan pengurusan. MEDIAHUB bukan sahaja menawarkan kemudahan tempahan atas talian tetapi juga melaksanakan pemantauan inventori masa nyata untuk mengurangkan risiko pertindihan tempahan serta meningkatkan ketelusan dalam kalangan pengguna. Projek ini dijangka memberi impak positif dalam mengoptimumkan operasi, menyokong inisiatif mesra alam serta memperkukuh transformasi digital di institusi pendidikan tinggi.