NUR IRSALINA AMANI BINTI HAIRUNIZAM SK KAMPUNG TUN RAZAK
MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID TAHUN 5 MENGINGAT FAKTA SIRAH “HIJRAH MEMBAWA RAHMAH” DENGAN MENGGUNAKAN INOVASI LaViMod
ABSTRAK
Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah khususnya bidang sirah terdapat banyak fakta yang perlu difahami dan diingat oleh murid-murid bagi setiap topik. Antara fakta yang perlu diingat adalah tarikh, lokasi, individu yang terlibat, isi perjanjian dan sebagainya. Bagi kami sendiri, sukar untuk mengingat fakta Sirah jika sekadar membaca Dan menghafal. Inovasi kali ini berfokus kepada tajuk “Hijrah Membawa Rahmah”. Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan dalam meningkatkan keupayaan murid mengingat fakta sirah bagi tajuk “Hijrah Membawa Rahmah” menggunakan Inovasi LaViMod iaitu gabungan Lagu, Video Animasi dan Modul Sirah. Kami menggunakan aplikasi kecerdasan buatan untuk menghasilkan inovasi ini iaitu Suno AI, ChatGPT, Gemini, Veo 3, Claude dan Canva. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988). Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian diagnostik yang dianalisis secara deskriptif berbentuk naratif. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini dapat meningkatkan keupayaan murid mengingat fakta Sirah bagi tajuk “Hijrah Membawa Rahmah” dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Kata kunci: inovasi, lagu, aplikasi kecerdasan buatan, video animasi, modul