PS311: KAD RODA FASA BULAN

GRACIA GUJIM SK PEKAN TONGOD

IIMOS25 | Primary School

CR: 0.2258 | 7 Likes | 31 Views | 41 times | LS: 49.6
Like it? | Support them now!

Inovasi Kad Roda Fasa Bulan dihasilkan bagi membantu pelajar memahami serta mengenal pasti bentuk dan nama setiap fasa bulan dengan lebih mudah dan berkesan. Berdasarkan pemerhatian guru, ramai pelajar menghadapi kekeliruan dalam membezakan urutan serta rupa bentuk lapan fasa bulan, khususnya semasa menjawab soalan bertema Sains Angkasa. Justeru, inovasi ini diperkenalkan sebagai alat bantu mengajar berbentuk kad roda interaktif yang menggabungkan visual sebenar fasa bulan, label nama fasa, dan mekanisme pusingan roda bagi membolehkan pelajar melihat perubahan fasa secara berurutan dan menyeronokkan.

Melalui penggunaan Kad Roda Fasa Bulan, pelajar dapat mempelajari konsep perubahan fasa bulan secara visual, kinestetik dan interaktif, sejajar dengan prinsip pembelajaran berasaskan inkuiri. Inovasi ini bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik tersebut, malah dapat menarik minat mereka terhadap pembelajaran Sains melalui aktiviti hands-on yang kreatif. Hasil penggunaan inovasi ini menunjukkan peningkatan ketara dalam pencapaian dan keyakinan pelajar ketika mengenal pasti bentuk serta nama fasa bulan dengan betul.