PS243: D-LEJAR 6A

NURUL NAJWA BINTI MOHAMMED NAJIB SK SIMPANG TIGA, PARIT

IIMOS25 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 18 Views | 37 times | LS: 37.0
Like it? | Support them now!

Dalam dunia yang semakin berkembang pesat dengan teknologi, pelajar sekolah rendah perlu dipersiapkan dengan kemahiran abad ke-21, termasuk celik teknologi dan literasi kewangan. Penggunaan teknologi dalam bilik darjah, khususnya untuk mata pelajaran Matematik, telah dikenal pasti sebagai kaedah yang efektif untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep abstrak seperti pengiraan, data, dan analisis pola (Clark-Wilson et al., 2014).Selain itu, literasi kewangan semakin dianggap sebagai kemahiran asas yang perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan. Laporan oleh OECD (2021) menunjukkan bahawa pengurusan kewangan yang baik perlu diasah sejak kecil untuk membentuk individu yang mampu membuat keputusan kewangan yang bijak. Penerapan pengurusan kewangan dalam bilik darjah bukan sahaja relevan dalam mata pelajaran Matematik, malah turut membantu murid memahami kepentingan perancangan, penyimpanan, dan penggunaan sumber dengan cekap dalam kehidupan seharian.Walaupun keperluan untuk celik kewangan semakin diakui, terdapat cabaran dalam melaksanakan pendidikan kewangan di sekolah rendah. Antaranya ialah kurangnya pendekatan interaktif yang relevan dengan tahap pemahaman murid dan kekangan dalam memanfaatkan teknologi sedia ada. Guru sering menghadapi kesukaran untuk mengintegrasikan pembelajaran matematik dan konsep kewangan dalam aktiviti yang bermakna. D-LEJAR 6A :Sistem Pengurusan Kewangan Kelas 6 Amanah diperkenalkan sebagai satu inovasi yang menggabungkan teknologi aplikasi mudah alih dan pembelajaran Matematik dalam konteks kewangan kelas. Sistem ini menggunakan gabungan aplikasi seperti permainan atas talian, kuiz atas talian, dan excel ringkas untuk mengautomasi pengiraan harian seperti jumlah kutipan dan baki wang. Memberikan visualisasi data melalui grafik dan carta untuk memudahkan analisis. Menyokong pembelajaran kendiri murid dengan ciri interaktif seperti input data dan simulasi perbelanjaan. Penggunaan aplikasi ini seperti microsof office excel dalam bilik darjah memanfaatkan kebolehannya sebagai alat pengiraan yang fleksibel, selain memperkenalkan murid kepada teknologi yang lazim digunakan dalam pengurusan kewangan sebenar (Molina & Bray, 2020). Aplikasi ini juga direka untuk melibatkan murid secara aktif melalui peranan mereka sebagai pencatat transaksi kewangan kelas, yang selari dengan pendekatan pembelajaran berasaskan projek. Melalui aplikasi ini, murid diberi peluang untuk menerapkan kemahiran matematik asas seperti penambahan, penolakan, dan pengiraan peratusan. Selain itu, aplikasi ini mendedahkan murid kepada konsep kewangan yang lebih kompleks seperti bajet dan analisis perbelanjaan. Aktiviti seperti permainan bijak wang, kuiz bijak wang, nota pengurusan wang dan template excel bagi menganalisis baki wang atau membuat keputusan mengenai perbelanjaan membantu murid melihat bagaimana matematik digunakan dalam situasi dunia sebenar, sekali gus meningkatkan minat mereka terhadap subjek tersebut.


Katakunci: Inovasi murid, pengurusan kewangan kelas, aplikasi Jotform, literasi kewangan, bajet mini, pembelajaran interaktif, kos sifar.