NUR FARAH AQILAH BINTI SUHARMAN KV SUNGAI PETANI 2
Kerepek jejari udang merupakan snek tradisional yang tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Ianya biasa dibuat dengan mencampurkan tepung ubi kayu, pes udang geragau atau menggunakan udang kering serta perencah lain seperti bawang, ketumbar dan sebagainya. Inovasi produk ini melibatkan penggantian pes udang dengan kulit udang yang biasanya dibuang. Kulit udang ini diproses dan dikeringkan sehingga ianya dijadikan serbuk. Serbuk kulit udang turut memberi bau dan rasa udang yang menyerlah kepada produk ini. Secara amnya, inovasi kuih siput ini mengandungi sodium dan kolesterol yang lebih rendah kerana tidak menggunakan pes udang geragau atau udang kering. Produk Kerepek Kulit Udang mensasarkan individu yang gemar mencuba produk baharu, termasuk mereka yang mencari snek alternatif yang lebih sihat.