PS461: KIT I-MAGIC WRITE

BHAVISHA NAIR A/P SIVAKUMAR SJK(T) MAHATHMA GANDHI KALASALAI, SUNGAI SIPUT, PERAK, MALAYSIA

IIMOS25 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 33 Views | 24 times | LS: 24.0
Like it? | Support them now!

Kemahiran menulis dalam subjek bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah penting dan merupakan kemahiran asas yang diajar untuk semua murid di sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian kemahiran menulis bahasa Tamil murid tahun 3 dengan menggunakan kit “I-Magic Write”. Dalam kajian ini, seramai empat orang murid dari tahun empat didapati tidak dapat menulis dengan kemas, teratur dan menggunakan cara penjarakkan serta saiz yang salah. Masalah dalam kemahiran menulis wujud akibat kekurangan alat bantu mengajar yang memfokuskan kemahiran menulis terutamanya dalam Bahasa Tamil. Murid-murid juga kekurangan motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang berperanan penting dalam meningkatkan kualiti penulisan. Kit ‘I-Magic Write’ diperbuat daripada bahan kotak, plastic lutsinar, pasir berwarna dan batang ais krim direka khas untuk meningkatkan mutu penulisan serta meningkatkan motivasi murid. Kaedah kajian ialah pemerhatian, ujian dan analisis teks. Inovasi ini diinspirasikan daripada Teori Proses Menulis yang dikembangkan oleh Flower dan Hayes mengidentifikasi beberapa tahap utama dalam proses menulis yang mengandungi proses Perancangan (Planning), Penyusunan (Drafting), Ulang (Revising), Pengeditan (Editing) dan Publikasi (Publishing). Setelah melaksanakan kajian selama 1 bulan, hasil kajian dapat dibuktikan bahawa murid-murid tahun 4 bermotivasi tinggi untuk membuat latihan menggunakan kemahiran menulis dan meningkatkan mutu serta kekemasan penulisan. Kit “I-Magic Write’ Berjaya mencapai objektif kajian iaitu menggalakkan praktis penulisan secara teratur dan variasi dalam teknik penulisan dapat meningkatkan kemampuan menulis seseorang. Kajian ini akan diteruskan dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

 

Kemahiran menulis, model proses menulis, kekemasan tulisan, motivasi intrinsik,