NUR FIRAS AZ ZAHRA' BINTI MOHD ZAINUDDIN SEK REN ISLAM AL AMIN DUNGUN
Inovasi ini merupakan sebuah peranti pintar yang direka khas untuk kegunaan dalam bilik darjah apabila guru tiada, seperti ketika menghadiri mesyuarat. Peranti ini menggunakan ESP32 dan pengesan bunyi untuk mengesan tahap kebisingan dalam kelas. Apabila tahap bunyi melebihi nilai yang ditetapkan, sistem ini akan menghantar makluman secara automatik kepada guru melalui Telegram. Tujuan utama inovasi ini adalah untuk membantu mengekalkan disiplin pelajar semasa ketiadaan guru dan memberikan kuasa pemantauan secara jauh kepada pihak guru.