MOHD EZAIMAN DANISH BIN JUSMAN SMK SEPAGAYA
Agroduino ialah inovasi pertanian pintar yang mengintegrasikan Arduino Uno R4 dengan sistem automasi penyiraman berasaskan sensor kelembapan tanah serta tenaga solar. Inovasi ini direka untuk mengatasi kekangan masa, ruang, dan pengetahuan dalam aktiviti pertanian moden. Ia berfungsi menyiram tanaman secara automatik dan menyediakan cahaya tambahan melalui lampu LED yang menyerupai cahaya matahari bagi menyokong pertumbuhan tanaman. Agroduino bukan sahaja dapat menjimatkan air dan tenaga, malah menyokong pendidikan STEM, memupuk nilai integriti serta tanggungjawab sosial melalui amalan pertanian lestari yang mampan dan mesra alam.