MOHAMAD SYAKIR AKMAL BIN MOHD SEPRI SK PULAU TIGA KIRI
PENGGUNAAN INOVASI GUGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBENTUK KATA TERBITAN MELALUI IMBUHAN
AWALAN MEN- DALAM KALANGAN
MURID-MURID TAHUN 2
MOHAMAD SYAKIR AKMAL BIN MOHD SEPRI
SK Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, Perak
MUHAMMAD FIKRI RAYYAN BIN RASID
SK Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, Perak
MUHAMMAD FAIQ BIN MOHD FIRDAUS
SK Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, Perak
NUR ZULAIKHA IRSALINA FATINI BINTI SABRI
SK Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, Perak
NURUL ALEESYA ELIYANAH BINTI SANI
SK Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, Perak
Mohd Hanafi bin Mohd Rasip
SK Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, Perak
Siti Nor Eliza Potra binti Abdullah
SK Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, Perak
ABSTRAK
Inovasi GuGan atau Gugur Ganti merupakan bahan bantu belajar murid dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Alat inovasi ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 2 mengurangkan kekeliruan dan kesilapan ketika menggabungkan imbuhan meN- pada kata dasar (kata kerja) bagi membentuk kata terbitan. Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila bertemu imbuhan awalan meN-. Berdasarkan pemerhatian melalui ujian pengesanan yang telah dijalankan, kata kerja bermula dengan huruf p, t, k dan s merupakan peratus tertinggi murid-murid membuat kesilapan dan menghasilkan kata terbitan yang salah. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut telah membawa kepada tercipta sebuah alat inovasi GuGan. Inovasi GuGan merupakan bahan bantu belajar murid yang mengandungi ruang khas untuk menulis kata dasar (kata kerja) bermula dengan huruf p, t, k dan s. Inovasi GuGan mempunyai kadbod yang menutup huruf pertama p, t, k dan s dan menggantikannya dengan imbuhan yang betul. Pemahaman murid terhadap konsep gugur dan ganti lebih jelas selepas menggunakan inovasi GuGan. Dapatan kajian menunjukkan 98% daripada keseluruhan peserta kajian berjaya membentuk kata terbitan yang betul semasa menggunakan inovasi GuGan. Inovasi GuGan juga menyediakan soalan berbentuk digital bagi mempelbagaikan gaya pembelajaran dan meningkatkan fokus pembelajaran murid. Penambahbaikkan terhadap inovasi GuGan boleh dilakukan dengan membina permainan maujud atau digital yang boleh dimainkan secara berkumpulan.
Kata Kunci: Imbuhan awalan meN-, gugur ganti, Bahasa Melayu