VALENTINA JULAIDI FELIX GISIU SEKOLAH KEBANGSAAN KAIDUAN
ABSTRAK
Aqua Sensor ialah inovasi robotik pintar yang direka untuk mengesan paras air dan memberi amaran awal banjir. Dengan menggunakan Arduino Uno, sensor air, LED dan pembesar suara. Sistem ini menampilkan tiga tahap amaran melalui lampu hijau (selamat), kuning (berjaga-jaga) dan merah (bahaya). Ia mampu beroperasi sehingga seminggu bergantung kepada keadaan cuaca. Selain mencegah risiko banjir, Aqua Sensor turut berpotensi digunakan dalam pertanian moden seperti hidroponik dan aquaponik serta pemantauan takungan air. Dalam pelaksanaan projek ini, instrumen penilaian yang digunakan ialah senarai semak, soal jawab (lisan), jawapan bertulis dan lakaran. Melalui penggunaan instrumen ini, murid berjaya menunjukkan kefahaman yang menyeluruh terhadap semua konsep yang diketengahkan seperti elemen robotik, penulisan teknikal, serta penggunaan ukuran dan sukatan bahan dengan tepat. Inovasi ini bukan sahaja praktikal dan menyeronokkan, malah mempunyai potensi besar untuk dikembangkan secara lebih meluas pada masa hadapan.
Kata kunci: Aqua Sensor, robotik, paras air, inovasi pendidikan.