MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN HAZIZI POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
Projek ini bertujuan membangunkan Biofoam Penebat Haba dan Bunyi daripada serbuk padi sebagai alternatif lestari kepada bahan penebat sintetik seperti polisterin dan fiber glass yang sukar terurai serta mencemarkan alam sekitar. Malaysia menghasilkan lebih daripada 2 juta tan sisa padi setiap tahun, dan inovasi ini memaksimumkan penggunaannya dengan menggabungkan serbuk padi, gam semulajadi dan acuan khas untuk menghasilkan biofoam yang tahan haba dan berupaya menyerap bunyi.projek ini merangkumi pengurangan pembaziran sisa pertanian, penyediaan penyelesaian mesra alam untuk industri pembinaan, serta sumbangan kepada teknologi hijau tempatan.