SS252: MANISAN BELNIRA

HIZZAH INSYIRA BINTI MOHD NOR SMK TENGKU MUHAMMAD ISMAIL

IIMOS25 | Secondary School

CR: 0.0625 | 1 Likes | 16 Views | 33 times | LS: 34.1
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan Manisan Belimbing Buluh (BELNIRA) menggunakan Nisan Kelapa Asli sebagai bahan pemanis alternatif yang lebih sihat dan semula jadi. Penghasilan produk ini adalah satu usaha inovatif dalam mempelbagaikan produk hiliran berasaskan buah tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada gula putih yang diketahui memberi kesan negatif kepada kesihatan. Belimbing Buluh (Averrhoa bilimbi) merupakan tumbuhan tropika yang kaya dengan asid sitrik, vitamin C, dan sebatian bioaktif seperti antioksidan yang berpotensi memberi manfaat kesihatan. Namun, rasanya yang terlalu masam mengehadkan penggunaannya secara langsung, justeru pemprosesan kepada produk seperti halwa mampu meningkatkan penerimaan pengguna.

Penggunaan Nisan Kelapa Asli sebagai bahan pemanis utama bukan sahaja menambah rasa unik dan aroma yang menyelerakan, malah turut menyumbang mineral penting seperti kalium, magnesium dan zat besi yang bermanfaat untuk kesihatan. Kajian oleh Mohamed et al. (2020) mendapati bahawa Nisan Kelapa mampu meningkatkan kualiti rasa serta nilai nutrisi dalam produk makanan tradisional. Sementara itu, kajian oleh Ahmad et al. (2019) menunjukkan bahawa Belimbing Buluh berpotensi dipelbagaikan dalam inovasi produk makanan, khususnya sebagai bahan asas manisan tempatan.

Kajian ini dijalankan melalui beberapa peringkat termasuk pemilihan bahan mentah berkualiti, proses penyediaan dan rendaman buah Belimbing Buluh, penyesuaian sukatan Nisan Kelapa, serta proses pemanasan dan pengeringan mengikut piawaian keselamatan makanan. Hasil kajian mendapati bahawa Halwa Belimbing Buluh dengan Nisan Kelapa (BELNIRA)  bukan sahaja mempunyai rasa yang seimbang antara masam dan manis, tetapi juga bertekstur lembut dan beraroma semula jadi, sekali gus berpotensi dipasarkan sebagai produk makanan tradisional moden yang sihat dan bernilai komersial.

Inovasi ini diharapkan dapat memberi alternatif kepada pengguna yang mementingkan kesihatan selain memartabatkan produk tempatan berasaskan sumber semula jadi Malaysia.