MIKHAEL IDREEZ ARRYAN BIN KHAIRUL ANUAR SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK PUTERI 2
Tujuan penghasilan tong sampah bijak ini adalah untuk memudahkan orang ramai untuk membuang sampah tanpa menggunakan banyak tenaga. Tong sampah ini dibina khas dengan sensor untuk mengesan orang berdekatan yang ingin membuang sampah dan akan membuka serta menutup penutup tong dengan automatik untuk kemudahan orang ramai. Dengan ini, orang ramai dapat menjimatkan masa mereka sekaligus dapat menjaga kebersihan persekitaran mereka pada setiap masa. Oleh itu, tong sampah bijak ini dapat memudahkan semua pihak demi kebersihan dan kesihatan semua orang di sekeliling.