NUR SHAFIQA BINTI MOHD HISHAMUDDIN Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor
Produk Inovasi BIO_HYDROMIX menggabungkan hydrogel sebagai agen pengekalan air dengan media tanaman campuran cocopeat dan tanah, serta diperkaya bahan organik terpilih iaitu kulit bawang merah, halia, dan bawang putih. Hydrogel berfungsi menyerap serta menyimpan air dan nutrien, kemudian melepaskannya secara perlahan untuk mengurangkan risiko kekeringan. Cocopeat dan tanah menyediakan struktur fizikal yang stabil bagi pertumbuhan akar, manakala bahan organik membekalkan mineral penting (K, Ca, Mg, S) serta sebatian bioaktif seperti quercetin, allicin, dan gingerol. Formulasi ini menghasilkan media tanaman efisien dalam pengurusan air, kaya nutrisi, berupaya mengawal perosak secara semula jadi, dan menyokong pertanian mampan.