AHMAD TSAQIF WAFRI BIN MUHAMMAD FADLI SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU BESUT
SirahPedia merupakan inovasi digital yang dibangunkan bagi menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Sirah Nabawiyyah secara lebih interaktif dan bermakna. Projek ini menggabungkan pelbagai platform sedia ada seperti Google Sites, Genially, YouTube, Quizziz dan GitHub sebagai pangkalan data audio. Melalui gabungan visual, audio dan aktiviti interaktif, SirahPedia membantu pelajar memahami perjalanan kehidupan Rasulullah SAW secara kronologi, jelas dan menyeronokkan. Pendekatan ini juga dapat mengatasi cabaran pengajaran tradisional yang bersifat pasif dan kurang menarik bagi generasi digital masa kini. SirahPedia bukan sekadar bahan bantu mengajar, tetapi sebuah platform pembelajaran moden yang memperkasa pendidikan Islam dengan integrasi teknologi. Inovasi ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada transformasi kaedah pengajaran sirah yang lebih kreatif, berkesan dan relevan dengan keperluan abad ke-21.