PS325: KIT BURGER PENANDA WACANA

MIKAEL ALANG ANAK ROBIN SJK CHUNG HUA SEBANGAN

Kit Burger Penanda Wacana merupakan satu inovasi bahan bantu mengajar yang direka untuk membantu murid menguasai penggunaan penanda wacana dalam penulisan karangan. Melalui konsep menyeronokkan seperti membina “burger”, murid dapat memahami struktur ayat dan cara menghubungkan idea dengan lebih berkesan. Kit ini sesuai digunakan oleh murid sekolah rendah dan menengah, khususnya murid berkeperluan pembelajaran rendah. Penggunaan kit ini mampu meningkatkan kemahiran menulis secara kreatif dan menarik.