AJWA DELISHA BINTI DAENG ADIB SK Bandar
Projek Pagar Keselamatan Haiwan Ternakan ini dibangunkan bagi mengatasi masalah haiwan seperti lembu dan kambing yang sering berkeliaran di jalan raya hingga menyebabkan risiko kemalangan. Sistem ini menggunakan micro:bit sebagai mikropengawal utama untuk mengawal pergerakan pagar secara automatik. Apabila sensor atau isyarat dikesan menunjukkan haiwan menghampiri kawasan pagar, servo motor akan berfungsi untuk mengangkat atau menutup pagar bagi menghalang haiwan daripada keluar. Selain itu, buzzer turut diaktifkan sebagai isyarat amaran bunyi kepada penjaga ternakan. Projek ini bukan sahaja membantu mengawal pergerakan haiwan dengan lebih efisien, malah meningkatkan tahap keselamatan di kawasan ternakan serta mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya. Inovasi ini turut menyokong penggunaan teknologi pintar dalam sektor penternakan selaras dengan konsep pertanian moden dan lestari.