AMERUL HADI BIN ROSLI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PALOH
Penyedia perkhidmatan tenaga dari United Kingdom (UK), Utility Bidder mendedahkan Malaysia mencemari lautan dengan 2.29 kilogram plastik perkapita setiap tahun, sekali gus meletakkan negara ini kelima tertinggi di dunia yang terbabit menyebabkan pencemaran laut. Antara punca berlakunya pencemaran laut adalah pembuangan sampah ke dalam laut dan tumpahan minyak. Sekiranya, tidak diatasi ia memberi Kesan kepada laut pada masa hadapan. Oleh itu, kami telah bertanya dengan rakan-rakan tentang kempen menyelamatkan laut tetapi masih ramai yang tidak tahu. Sebagai kanak-kanak, kami sedar pembelajaran lebih bermakna melalui permainan. Oleh itu, satu permainan berkaitan dengan kempen penyelamatkan laut telah dibangunkan iaitu The Eco Champion : Marine Redemption.