SS423: ACCLIMATIZATION TILES 1.0 KViP

ADRIANA DANIA BINTI MOHAMAD HASULLAH KOLEJ VOKASIONAL IPOH

ACCLIMATIZATION TILES 1.0 KViP merupakan satu produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Vokasional Ipoh. Idea ini tercipta setelah kami mendapati jubin yang biasa kita gunakan tidak mempunyai ciri-ciri istimewa seperti yang terdapat di dalam produk inovasi kami ini. Walaupun nampak ringkas produk inovasi ini, kami percaya bahawa produk ini boleh dikomersilkan di peringkat yang lebih tinggi. Kami mahu hasilkan kualiti jubin yang lebih baik dan dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Matlamat utama penghasilan produk inovasi ini adalah dapat menjadi pelajar yang lebih kreatif dan inovatif sejajar dengan matlamat penubuhan institusi TVET d negara Malaysia. Kami mahu menjadi pelapis harapan bangsa dan negara.