HUDA SOFEA BINTI MOHD EZRY SHAZANI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PALOH
Bayangkan, setiap hari rakyat Malaysia membuang sebanyak 38,000 tan sampah atau secara puratanya 1.17 kilogram sisa pepejal bagi setiap seorang. Sudah pasti ia memberi Kesan kepada kos operasi pelupusan sampah dan pencemaran kepada persekitaran bumi. Di sekolah kami, terdapat tong sampah kitar semula di sediakan demi menyokong program kelestarian alam. Tetapi masih ramai yang tidak menggunakan kerana melalui temu bual, mereka masih keliru sampah yang perlu dibuang dalam tong tersebut. Sebagai kanak-kanak, kami sedar pembelajaran lebih bermakna melalui permainan. Oleh itu, satu permainan berkaitan dengan kitar semula telah dibangunkan iaitu The Eco Champion: Ecology Redemption