Yeoh Hui Jie SJKC Sin Hua
Projek MIAW – Monitoring Intelligent Automated Welfare dibangunkan bagi membantu pemilik kucing mengurus kebajikan haiwan peliharaan melalui sistem automasi pintar berasaskan Micro:bit. Sistem ini mengawal suhu, pencahayaan dan pemberian makanan secara automatik serta menghantar notifikasi masa nyata kepada pemilik melalui Telegram. MIAW menggunakan penderia suhu terbina dalam untuk mengesan suhu persekitaran, LDR sensor bagi menentukan keadaan siang atau malam, dan ultrasonic sensor untuk mengukur paras makanan. Data yang diperoleh diproses oleh Micro:bit bagi mengaktifkan kipas, lampu LED, atau servo motor apabila diperlukan. Cabaran utama seperti ralat pengaturcaraan dan bacaan sensor tidak stabil diatasi melalui penyahpepijat (debugging), simulator Micro:bit dan ujian lapangan. Projek ini bukan sahaja membantu menjaga keselesaan haiwan, malah menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu SDG 3, 4, 9 dan 15. Secara keseluruhan, MIAW membuktikan bahawa pembelajaran STEM dan IoT boleh melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif serta peka terhadap kebajikan haiwan dan kelestarian hidup.