SS257: GREEN BOOST EGGPLANT FPJ

NAJLA' ALEEYA BINTI NASARUDIN SMK SUNGAI LAYAR

IIMOS25 | Secondary School

CR: 0.0476 | 1 Likes | 21 Views | 37 times | LS: 38.0
Like it? | Support them now!

Pengenalan

Green Boost Eggplant FPJ ialah baja organik cecair yang dihasilkan melalui proses penapaian bahan tumbuhan segar menggunakan daun terung yang sedia ada ditanamdi kawasan Bengkel Pertanian sekolah yang dicampurkan dengan gula merah. Daun terung dipilih kerana ia kaya dengan nutrien, hormon pertumbuhan semula jadi, dan mudah diperoleh. Baja organik ini mesra alam, kos rendah, dan sesuai digunakan dalam pertanian mapan tanpa menjejaskan alam sekitar. Penghasilan Green Boost Eggplant FPJ ini bertujuan mengatasi masalah kebergantungan kepada baja kimia yang mencemarkan air dan tanah, kos sara hidup petani meningkat, pencemaran alam sekitar serta kurangnya kesedaran terhadap kebaikan menggunakan baja organik selain memberikan alternatif mesra alam, murah, dan mudah dihasilkan.