NUR ALFI SAFIYYAH BINTI MUHAMMAD FARIS SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Kertas Sabun Taharah adalah medium yang diformulasikan khusus untuk bersuci dalam Islam, terutama dalam membersihkan najis mughallazah (najis berat seperti air liur anjing dan khinzir) serta najis lainnya. Helaian nipis dan mudah di bawa kemana-mana terutama semasa mengembara ke negara yang bukan islam. Alat dan Bahan ;Tanah liat, lemak kelapa sawit, glyserin dan pewangi tanpa alkohol, Kertas larut air (water-soluble paper), gunting dan kotak kecil untuk penyimpanan kertas sabun.Cara guna ; Ambil satu helai kertas sabun taharah. Basahkan tangan atau bahagian yang terkena najis dengan sedikit air.Gosok kertas sabun hingga berbuih.Jika untuk najis mughallazah, pastikan mengulanginya 7 kali. Bilas dengan air bersih hingga tidak ada sisa sabun.Tujuan : Kertas sabun taharah adalah sabun dalam bentuk helaian tipis yang mudah larut dalam air dan kaedah moden untuk bersuci dengan mudah, terutama bagi umat islam yang mengembara atau melancong ke luar negara yang bukan islam.Ianya sekaligus dapat memastikan kesucian sesuai dengan syariat Islam, terutama dalam membersihkan najis mughallazah.Kaedah ini adalah ringkas dan muda untuk penggunaan sehari-hari atau dalam perjalanan.