PS437: MY ZONE TIME

ARFAH SYAHMIE BIN TAWILEE SK KAMPUNG SELAMAT, KUNAK

Bahan bantu mengajar aktiviti Matematik ini telah disediakan untuk membantu murid mempelajari tentang Zon Masa Dunia, iaitu salah satu modul pembelajaran dalam Dokumen Standard Matematik KSSR Tahun 6. Bahan bantu mengajar ini membolehkan murid mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Melalui bahan bantu mengajar ini yang telah diinovasi, di dapati murid lebih mudah memahaminya. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pemudahcaraan di kalangan guru dan murid. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar My Zone Time dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada murid. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat murid juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong sesuatu yang menarik.