SS88: MYHEALTH EDU: SISTEM REKOD KESIHATAN MURID

AQIL NUR ARFY BIN MUSTAFA KAMAL SMK DATO' UNDANG MUSA AL-HAJ

IIMOS25 | Secondary School

CR: 0.0455 | 1 Likes | 22 Views | 35 times | LS: 36.0
Like it? | Support them now!

Inovasi ini dibangunkan untuk menangani isu pengurusan maklumat kesihatan pelajar yang masih dilakukan secara manual dan tidak berpusat di sekolah. Persoalan utama yang diketengahkan ialah bagaimana sistem berasaskan web dapat membantu menyimpan dan mengakses data kesihatan pelajar dengan lebih efisien, selamat dan boleh dicapai pada bila-bila masa. Hipotesis kajian menyatakan bahawa sistem digital dengan antara muka yang mudah digunakan serta fungsi yang lengkap mampu meningkatkan kecekapan pengurusan kesihatan murid dan mengurangkan risiko semasa kecemasan. Pembangunan sistem ini menggunakan pendekatan kitar hayat pembangunan sistem (SDLC), merangkumi fasa analisis keperluan, reka bentuk, pembangunan, pengujian dan pelaksanaan. Teknologi yang digunakan termasuk PHP, MySQL, HTML, CSS, JavaScript dan Bootstrap 5.3. Sistem dibangunkan berdasarkan keperluan sebenar di sekolah dan diuji dengan data simulasi serta maklum balas pengguna. Hasil analisis menunjukkan bahawa sistem MyHealth Edu berjaya menyimpan, memaparkan dan menjana laporan maklumat kesihatan pelajar dengan teratur. Ciri seperti semakan kendiri, statistik kesihatan, cetakan laporan serta capaian terhad kepada pengguna yang sah menjadikan sistem ini praktikal untuk digunakan di peringkat sekolah. Secara keseluruhan, sistem ini bukan sahaja menyelesaikan masalah rekod kesihatan yang berselerak, tetapi turut menyokong usaha membudayakan kesihatan dan kesejahteraan murid, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 3): Good Health and Well-being.