MYA FASHA BALQIS BINTI MOHD FAISHAL Kolej Vokasional (pertanian) Chenor
Produk inovasi BuduTin Guard ialah semburan foliar organik berasaskan budu ekor, daun tin, daun pandan, molasses, Effective Microorganisms (EM), minyak neem dan lemon. Budu ekor, sinonim dengan makanan tradisional Kelantan, membekalkan nitrogen, protein serta mineral penting yang merangsang pertumbuhan tanaman. Daun tin pula kaya mineral dan sebatian bioaktif yang membantu pembentukan pucuk serta meningkatkan ketahanan. Daun pandan berperanan sebagai penghalau serangga semula jadi. Molasses dan EM menyokong aktiviti mikroba bermanfaat, minyak neem melindungi daripada serangan perosak, manakala asid sitrik bertindak sebagai pengawet. Gabungan ini menghasilkan BuduTin Guard, foliar spray ready-to-use, mesra alam, berkhasiat serta sesuai untuk pertanian organik.