ZURIANI AHMAD ZUKARNAIN Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan
Program Pemerkasaan & Kelestarian Ekonomi Golongan OKU Wanita menggunakan kaedah i-Akuaponik merupakan inisiatif di bawah pembiayaan Yayasan Hasanah melalui Hasanah Special Grant (HSG) 2024 dan dilaksanakan oleh pensyarah UiTM Kelantan, UUM dan Ikhtiar Ehsan Care. Program ini bertujuan memperkasa wanita OKU melalui latihan pertanian moden berasaskan sistem akuaponik pintar sebagai sumber pendapatan yang mampan. Peserta dilatih mengurus tanaman dan ternakan ikan secara integrasi serta diberi pendedahan tentang strategi pemasaran hasil. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan taraf ekonomi peserta, malah membina keyakinan diri, kemahiran keusahawanan dan keupayaan berdikari. Kejayaan program ini membuktikan potensi i-Akuaponik sebagai model pembangunan komuniti inklusif yang menyokong kesejahteraan sosial dan kelestarian ekonomi golongan OKU wanita.