PS353: VisualArt App

AB NUR SYAHFERA NATASYAH BINTI AB AZIS SK RANGGU

IIMOS25 | Primary School

CR: 0.0303 | 1 Likes | 33 Views | 29 times | LS: 30.0
Like it? | Support them now!

Aplikasi VisualArt app merupakan inovasi berasaskan Android yang dibangunkan untuk membantu murid sekolah rendah memahami mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan lebih mudah, menyeronokkan dan interaktif. Kajian mendapati ramai murid menganggap PSV membosankan kerana hanya bergantung kepada buku teks dan gambar semata-mata tanpa penerangan visual yang jelas. Hal ini menyebabkan penguasaan konsep dan kefahaman terhadap maksud setiap aktiviti seni menjadi terhad.

Sebagai penyelesaian, aplikasi e-PSV menyediakan beberapa skrin utama iaitu Kegiatan PSV (menggambar, corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta kraftangan tradisional) yang dilengkapi dengan pautan video YouTube sebagai rujukan visual. Selain itu, terdapat Skrin Galeri yang memaparkan hasil karya seni murid, Skrin Kuiz untuk menguji pemahaman, serta penambahbaikan melalui Skrin Gemini AI yang membolehkan murid bertanya sebarang soalan berkaitan seni visual dan menerima jawapan segera.

Inovasi ini memberi impak positif kepada murid dari segi pendidikan dengan menjadikan PSV lebih mudah difahami, dari segi kreativiti dengan menggalakkan murid menghasilkan karya seni, serta dari segi teknologi dengan membuktikan aplikasi mudah alih mampu menyokong pembelajaran abad ke-21.