PS242: VICTORY KING GAME BOARD

HAJID BIN MOHD NASYRIQ AZAM SK BUKIT GAMBIR

IIMOS25 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 29 times | LS: 29.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini memperkenalkan Victory King Game Board, iaitu satu permainan papan yang dibangunkan khusus untuk meningkatkan kemahiran asas Matematik dalam kalangan murid, terutamanya dalam topik tambah, tolak, darab, bahagi dan operasi bergabung. Permainan ini direka berasaskan teori behaviorisme dan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan, yang terbukti berkesan dalam menarik minat murid serta meningkatkan penglibatan mereka dalam proses pembelajaran. Victory King Game Board berfungsi sebagai platform latih tubi yang menyeronokkan, sekali gus membantu murid menguasai konsep dan penyelesaian operasi asas Matematik secara sistematik. Pendekatan ini amat sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah, terutamanya bagi membantu murid yang lemah mengukuhkan kemahiran asas Matematik mereka. Di samping itu, elemen bermain sambil belajar yang diterapkan dalam permainan ini berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak membebankan, sekali gus mendorong murid untuk terus mengulang bermain tanpa disedari, seterusnya memperkukuh kemahiran matematik mereka secara berterusan.

 

Kata kunci: Victory King Game Board, Operasi Asas Matematik, Pembelajaran Berasaskan Permainan, Teori Behaviorisme,.