SS393: SILANGKATA KSK

BRYAN IBAU PETER KOLEJ VOKASIONAL MIRI

Pertandingan Silangkata Asas Nombor anjuran KSK pada 3 Februari 2025 melibatkan 211 pelajar SVM Kohort 2024 di Kolej Vokasional Miri bagi mengukuhkan pemahaman Standard Kandungan 1.3 menggunakan kalkulator saintifik. Berasaskan Teori Konstruktivisme dan Pembelajaran Kolaboratif, aktiviti ini menggalakkan pelajar berfikir kreatif, bekerjasama dan menyelesaikan masalah. Seramai 164 peserta menyertai pertandingan ini, manakala pendekatan sama digunakan dalam kelas tambahan melibatkan 67 pelajar galus. Hasilnya, PNGK Matematik meningkat daripada 2.15 kepada 3.44, dan kadar lulus SVM kepada 96.7%. Inovasi ini terbukti berkesan meningkatkan prestasi Matematik serta kemahiran TVET pelajar