SYIFA FITRISYA BINTI KHAIRIL IZWAN SMK SUNGAI LAYAR
Projek ini memperkenalkan Teareleaf Balm, iaitu inovasi produk penjagaan diri berasaskan sisa teh terpakai yang diformulasikan sebagai balm semula jadi untuk melegakan pening kepala, sakit kepala dan ketidakselesaan ringan. Inovasi ini bertujuan mengatasi masalah pembuangan sisa teh yang menyumbang kepada pencemaran serta mengurangkan kebergantungan terhadap balm kimia yang berisiko. Teareleaf Balm menggunakan bahan semula jadi yang selamat, mudah digunakan dan memberi kelegaan segera. Ia menyokong gaya hidup lestari, membuka peluang keusahawanan baharu serta menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan SDG 3 dan SDG 12