ABU ZARIF BIN ZULIE KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Cari Istilah Kebarangkalian ialah gabungan antara produk bahan bantu belajar (ABB) dan strategi PdP kolaboratif, dibangunkan oleh 24 pelajar Teknologi Pemesinan Industri Semester 2 di Kolej Vokasional Miri. Inovasi ini bertujuan menangani kesukaran pelajar dalam memahami istilah dalam topik Set (2.3) serta Kebarangkalian Kejadian Tunggal dan Majmuk (3.1 dan 3.2), sebagaimana digariskan dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional (SVM).
Melalui aplikasi percuma Crossword Labs, pelajar membina 20 helaian silang kata berdasarkan istilah dalam modul Matematik. Mereka juga merancang dan menganjurkan pertandingan “Cari Istilah Kebarangkalian” pada 14 Oktober 2024 yang melibatkan 7 program jemputan. Strategi ini menyokong pembelajaran kendiri, membina kepimpinan serta meningkatkan kefahaman melalui penyertaan aktif.
Data ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan markah dari 68% kepada 86%. Keputusan rasmi Matematik pada 7 April 2025 pula menunjukkan 100% pelajar lulus, PNGK meningkat daripada 1.74 kepada 2.95, dan 8 pelajar memperoleh gred A-. Produk inovasi ini turut digunakan sebagai bahan ulang kaji dalam program lain.
Bersandarkan Teori Konstruktivisme dan Pembelajaran Kolaboratif, inovasi ini bukan sahaja menyumbang kepada prestasi akademik, malah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan SDG 4 – Pendidikan Berkualiti yang menekankan pembelajaran holistik, inklusif dan lestari
e Your Abstract Here!