TE348: KAMSIS EASYPASS

MUHAMMAD AQIL ZAHWAN BIN AZIZ Politeknik Nilai

IIMOS25 | Tertiary

CR: nan | Likes | Views | 40 times | LS: 40.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi Kamsis EasyPass dibangunkan bagi menangani kelemahan proses manual dalam pengurusan permohonan keluar masuk pelajar asrama di Politeknik Nilai yang sebelum ini menyebabkan kelewatan, kekeliruan status, dan kekangan komunikasi antara pelajar, warden serta ibu bapa. Objektif utama inovasi ini ialah mewujudkan sistem dalam talian yang lebih cekap, telus, dan mesra pengguna bagi mempercepat serta memudahkan proses permohonan, kelulusan, dan pemantauan pergerakan pelajar. Sistem ini dibangunkan menggunakan pendekatan pembangunan tersuai (custom coding) dengan sokongan pangkalan data MySQL dan dihoskan di platform IONOS Web Hosting Plus yang menawarkan keselamatan data serta kebolehpercayaan tinggi. Fungsi utama sistem termasuk penghantaran notifikasi automatik melalui e-mel dan Telegram kepada pelajar, warden, dan ibu bapa, selain menyediakan papan pemuka digital untuk pemantauan dan penjanaan laporan secara masa nyata. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan ketara dari segi kecekapan komunikasi, ketelusan proses, dan penjimatan masa kerja manual. Inovasi ini bukan sahaja memudahkan urusan warden dan pelajar, malah memberi ketenangan kepada ibu bapa melalui pemantauan segera status anak mereka. Secara keseluruhannya, Kamsis EasyPass berpotensi untuk diperluaskan penggunaannya ke institusi lain sebagai model sistem pengurusan asrama berasaskan web yang efisien, selamat, dan berimpak tinggi.